WhatsApp Merupakan Aplikasi Yang Paling Banyak Di Muat Turun Di Android Untuk Bulan Lepas

Apabila kita bercakap mengenai Android, keluarga Facebook menguasai dunia aplikasi platform tersebut.

Jika dilihat kepada carta Statista, Facebook dan aplikasi yang dimiliki oleh Facebook telah mengungguli tempat 4 teratas dari segi jumlah muat turun.

Semua ini jika dikumpulkan berjumlah 297 juta muat turun untuk bulan lepas.

WhatsApp berada di tempat pertama dengan 103.64 Juta muat turun.

Facebook membeli aplikasi mesej tersebut pada Febuari 2014 dengan nilai lebih RM 81 bilion.

Aplikasi tersebut terus berkembang dan Facebook mengatakan yang WhatsApp mempunyai pengguna aktif sebanyak 1 bilion dan menghantar 55 bilion mesej setiap hari.