WhatsApp Menjadi Lubuk Penggodam Bagi Menyerang Pegawai Tinggi Kerajaan Di 5 Benua

Khususnya negara-negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.


Apliksi sembang sosial popular , WhatsApp memang tidak asing lagi menjadi lubuk kepada penipuan malah penggodaman. Sejak akhir-akhir ini, para penyelidik keselamatan mendapati aplikasi WhatsApp sangat aktif dijadikan lubuk utama penggodam bagi menyerang pegawai kanan kerajaan di beberapa negara.

Khususnya negara-negara yang bersekutu dengan pihak Amerika Syarikat. Isu ini mula disedari sejak bermulanya awal tahun ini lagi. Ia didedahkan oleh sumber yang rapat dengan siasatan dalaman yang dijalankan oleh WhatsApp yang mendakwa antara mangsa godaman itu adalah pegawai tinggi kerajaan, dan pegawai tentera.

Negara-negara yang terlibat dalam isu penggodaman itu pula sekurang-kurangnya terdiri daripada 20 negara di 5 benua.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa WhatsApp telah mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap NSO Group, yang membantu aktiviti penggodaman oleh Negara Haram Israel.

WhatsApp menuduh NSO Group membina dan menjual platform godaman dengan tujuan mengeksploitasi pelayan milik gergasi perisian milik Facebook itu.

Ia bagi membantu pelanggan mereka menggodam telefon bimbit milik sekurang-kurangnya 1,400 pengguna pada 29 April 2019 hingga 10 Mei 2019.

Bagaimanapun, jumlah pengguna WhatsApp yang digodam dipercayai adalah jauh lebih tinggi dari yang didakwa.

Sumber: Reuters