Sebelum ini adalah aplikasi Facebook.
Menurut laporan oleh laman Android Police, aplikasi sembang sosial popular, WhatsApp telah menjadi aplikasi kedua yang bukan dari Google berjaya melepasi angka 5 bilion kali dipasang ke dalam peranti pintar yang dimuat turun dari Google Play Store ketika ini.
WhatsApp juga dianggarkan mempunyai lebih daripada 1.5 bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia.
Untuk rekod, menurut penganalisis dari Sensor Tower, aplikasi WhatsAppp yang dimiliki Facebook juga masih kekal sebagai aplikasi sembang sosial paling popular di dunia ketika ini.
Sebelum ini pada tahun 2019 lalu, aplikasi Facebook telah menjadi satu-satunya aplikasi bukan dari Google yang berjaya melepasi angka 5 bilion kali dipasang ke dalam peranti pintar.
Kejayaan itu dicapai mungkin hasil perjanjian antara pihak Facebook dengan beberapa pengeluar telefon pintar seperti Samsung, LG dan Huawei untuk tersedia dipasang aplikasi tersebut ke dalam peranti mereka
Setakat ini, beberapa aplikasi yang dibangunkan Google sahaja yang telah berjaya melepasi angka 5 bilion pemasangan ke dalam peranti pintar yang dimuat turun dari Google Play Store termasuklah Play Services, YouTube, Maps dan lain-lain.
Berkaitan
- WhatsApp Lancar 'Security Centre', 8 Ciri Untuk Tingkatkan Keselamatan Akaun WhatsApp Anda
- Buang Segera Aplikasi Palsu Ini, Data Pengguna WhatsApp Versi Android Dalam Bahaya
- Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor Untuk Akaun Facebook, Instagram Dan WhatsApp
- WhatsApp Dengan Ciri AI Kini Ditawar Kepada Lebih Ramai Pengguna
- 5 Perkara Penting Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Ciri WhatsApp "Delete For Everyone"
- WhatsApp Menjadi Platfom Untuk Ahli Dewan Rakyat Menghantar Surat Akuan Menyokong Calon PM Malaysia Ke-9
- SPRM Menyiasat Dakwaan Aplikasi WhatsApp Menjadi Medan Tawar Menawar Rasuah Kepada Ahli politik
- Seseorang Didakwa Menjual 500 Juta Data Pengguna WhatsApp, Malaysia Turut Terjejas
- Pepijat Pada WhatsApp Didakwa Membolehkan Format Fail MP4 Diprogram Bagi Memasang Perisian Intip Ke Dalam Peranti Pintar
- Akhirnya, WhatsApp Untuk iPad Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi