Versi terbaru WhatsApp untuk iOS itu kini telah menambah penapis gambar, album foto dan quick reply yang membolehkan pengguna untuk memberi respon kepada mesej di dalam thread.
Dengan kemaskini terbaru ini membuatkan pengguna lebih senang menyusun, mengubah gambar dan mengendalikan mesej.
Album Foto WhatsApp
Jika pengguna menerima beberapa keping gambar atau video, aplikasi ini akan secara automatik meletakkan semuanya di dalam sebuah album sementara.
Ini menyebabkan mesej yang diterima tampak lebih kemas dan teratur untuk dilihat.
Penapis WhatsApp
Kemaskini terbaru ini membolehkan pengguna menambah penapis untuk gambar, video atau GIF.
Penapis akan ditawarkan dalam 5 pilihan:
- hitam
- putih
- pop
- chrome
- cool
- film
WhatsApp Quick Replies
WhatsApp juga menambah fungsi jalan pintas bagi membalas mesej dengan cepat.
Untuk berbuat demikian, hanya swipe ke kanan untuk sebarang mesej yang diterima dan anda boleh mula membalas mesej yang diterima.
Ini membolehkan mesej dibalas dengan cepat dan mudah walaupun fungsi ini bukanlah sesuatu yang baru.
Fungsi ini akan menjadi sesuatu yang berharga di dalam group chat dimana mesej yang masuk terlalu banyak dan mungkin tidak dapat membalasnya pada kadar yang cepat.
Facebook Messenger juga telah menambah fungsi @mentions yang menawarkan penyelesaian yang serupa namun versi WhatsApp lebih praktikal.
Fungsi-fungsi di atas hanya boleh didapati untuk versi WhatsApp iOS tetapi untuk sistem operasi Android pula, mungkin anda perlu bersabar bagi mendapatkan kemaskini ini.
Sumber
Berkaitan
- Peringatan: Padam Mesej WhatsApp Ini Jika Anda Ada Menerimanya
- Indonesia Mengugut Untuk Menghentikan Servis WhatsApp Selepas Imej GIF Beredar Di Dalam Aplikasi Tersebut
- Opera Reborn: Pelayar Versi Baru Dengan Bar Sisi WhatsApp, Facebook Messenger, Dan Telegram Dibina Di Dalam
- Servis WhatsApp Kembali Selepas Gangguan Global
- Pengasas Bersama WhatsApp Meminta Orang Ramai Memadam Facebook Mereka
- WhatsApp Mungkin Menggunakan Khidmat Pengulas Palsu
- Kajian Mendapati Group WhatsApp Membantu Pelajar Mengekspresikan Diri Mereka Dengan Lebih Baik
- Pautan Berniat Jahat Boleh 'Bekukan' Peranti iOS
- Instagram Stories Dan Status WhatsApp Mencecah 300 Juta Pengguna, 2X Ganda Dari Snapchat
- Adakah WhatsApp Akan Menerima Sokongan YouTube Di Dalam Aplikasi