Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Cara Untuk ‘Hilang Dari Radar’ WhatsApp Ketika Anda Masih Online Di Telefon Pintar Android

WhatsApp Menambah Baik Ciri Hantar Mesej Pada Diri Sendiri

Diterbitkan Oktober 30, 2022 · Dikemas kini Oktober 31, 2022 oleh ariff bukhari

WhatsApp dikhabarkan sedang berusaha menambah baik ciri menghantar mesej pada diri sendiri menerusi ciri yang dikenali sebagai “Messages with yourself“.

Wabetainfo menjelaskan, ciri WhatsApp ini hanya menyerlahkan sembang dengan nombor telefon anda sendiri dengan menggunakan kapsyen yang berbeza.

WhatsApp Menambah Baik Ciri Hantar Mesej Pada Diri Sendiri

Daripada rajah di atas dapat dilihat  WhatsApp menyerlahkan sembang dengan nombor telefon anda dengan menggunakan kapsyen “Message yourself“.

Wabetainfo juga memaklumkan bahawa sesetengah penguji beta juga mungkin melihat penyegerakan mesej yang lebih baik dalam sembang dengan nombor telefon mereka sendiri.

Jika anda menghantar mesej ke sembang dengan nombor telefon anda, mesej itu akan turut disegerakkan dengan peranti terpaut anda yang lain kerana ia bukan lagi ciri yang tidak disokong apabila menggunakan berbilang peranti.

Ciri ini sedang diuji dan sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna WhatsApp versi beta secara berperingkat dan dijangka akan ditawarkan kepada pengguna umum menerusi kemas kini WhatsApp akan datang.

Sumber: Wabetainfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY