Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp iOS Android

WhatsApp Menambah Baik Antaramuka Kamera

Diterbitkan April 3, 2022 oleh ariff bukhari

Ciri kamera yang ada pada aplikasi WhatsApp ketika ini boleh dikatakan sangat asas.

Tetapi itu tidak bermakna WhatsApp tidak cuba menambah baik fungsi kamera mereka. Sebagai permulaannya, WhatsApp dikhabarkan sedang menambah baik antaramuka kamera aplikasi tersebut.

Untuk tempoh sedikit masa lagi pengguna akan dapat memanfaatkan ciri antaramuka baru kamera WhatsApp di mana pengguna akan dapat mengakses lebih mudah galeri kamera mereka.

Seperti yang dikongsikan oleh laman Wabeta, anda boleh lihat terdapat sedikit perubahan pada antaramuka kamera aplikasi tersebut.

WhatsApp Menambah Baik Antaramuka Kamera
Rekabentuk antaramuka baharu kamera WhatsApp yang sedang diuji. Kredit: Wabeta.

Ikon Galeri kini dipaparkan di bahagian kiri atas antaramuka kamera WhatsApp menggantikan ikon flash.

Manakala ikon flash pula dipindahkan  ke bahagian atas kanan antaramuka kamera WhatsApp.

Rekabentuk antaramuka kamera aplikasi WhatsApp baru ini dijangka akan mula ditawarkan pada semua penggunanya (peranti iOS dan Android) secara berperingkat menerusi kemas kini akan datang.

Sumber: Wabetainfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY