WhatsApp Menamatkan Sokongan Terhadap Telefon Pintar Windows Serta Peranti Android dan iPhone Model Terdahulu

Bolehlah beli telefon baru...


WhatsApp menerusi laman blognya baru-baru ini telah mengemaskini senarai versi peranti-peranti pintar terdahulu yang bakal tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

Peranti-peranti tersebut termasuklah peranti pintar yang menggunakan sistem Windows, Android dan iOS.

Berikut adalah senarai terbaru peranti pintar yang tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp berserta tarikh akhir penamatannya:-

  • Kesemua telefon pintar Windows tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp selepas 31 Disember 2019

  • Kesemua peranti Android yang menggunakan sistem operasi Android versi 2.3.7 dan terdahulu tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp selepas 1 Februari 2020

  • Peranti iPhone yang menggunakan versi iOS 7 dan terdahulu tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp selepas 1 February 2020


Sebelum ini, aplikasi WhatsApp telah lebih awal ditamatkan sokongannya terhadap peranti-peranti berikut selepas tahun 2016:-

  • BlackBerry OS dan BlackBerry 10

  • Nokia S40

  • Nokia Symbian S60

  • Android 2.1 dan Android 2.2

  • Windows Phone 7

  • iPhone 3GS/iOS 6

  • Nokia Symbian S60 (tarikh akhir aplikasi WhatsApp boleh digunakan, 30 Jun 2018)

  • BlackBerry OS dan BlackBerry 10 (tarikh akhir aplikasi WhatsApp boleh digunakan, 31 Disember 2017)

  • Nokia S40 (tarikh akhir aplikasi WhatsApp boleh digunakan, 31 Disember 2018)


P/s: Aplikasi WhatsApp pertama kali dilancarkan dalam tahun 2009. iPhone adalah peranti terawal yang menyokong aplikasi tersebut. Hanya setahun selepas itu barulah aplikasi WhatsApp boleh digunakan pada peranti Android.