WhatsApp Kini Bolehkan Anda Buang Gambar Spam Dengan Lebih Mudah

WhatsApp adalah aplikasi permesejan paling digunakan ramai. Setiap orang pasti mempunyai aplikasi ini di peranti masing-masing.

Disebabkan ini juga, anda sering menerima gambar-gambar, GIF, video mahupun meme dari kumpulan perbualan yang anda sertai atau dipaksa sertai. Ia juga menjadikan storan peranti anda penuh dengan semua ini.

Oleh itu, setelah sekian lama akhirnya WhatsApp mengeluarkan ciri-ciri pengurusan storan buat semua pengguna. Ciri baru ini bertujuan untuk membuat pembersihan lebih mudah dengan membantu anda kenal pasti, pilih dan padam fail secara pukal.

https://twitter.com/WhatsApp/status/1323414851255857154?s=20

Anda boleh akses ciri ini melalui Manage Storage di tetapan menu atau akses seccara terus dari banner yang terpapar dalam WhatsApp apabila storan anda sudah penuh.

Selain membuang gambar secara pukal, WhatsApp juga mengkategorikannya seperti saiz lebih 5MB serta fail yang telah di forward banyak kali.



Ia juga memaparkan pratonton gambar kecil sebelum anda membuangnya. Mungkin ini juga ciri yang ramai tunggu dalam mengatasi masalah gambar ucapan selamat pagi di kumpulan perbualan keluarga dan saudara-mara.

Ciri ini telah pun dikeluarkan WhatsApp buat semua pengguna Android dan iOS. Namun, kemaskini terbaharu ini masih belum tiba buat pengguna Malaysia. Kemungkinan ia akan hadir dalam beberapa hari atau minggu lagi.

Sumber: WhatsApp