Whatsapp Business Kini Tersedia Buat Pengguna Tetap Omni Hotline

Digi membuat penawaran di mana pelanggan Omni Hotline kini boleh menggunakan perkhidmatan WhatsApp Business tanpa sebarang kos tambahan.

Mana-mana perniagaan yang menggunakan Omni kini boleh menghantar mesej melalui WhatsApp Business menggunakan nombor talian yang sama, lebih profesional untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan lebih baik.

Selain daripada dapat meningkatkan kredibiliti jenama, ciri baharu ini juga membolehkan sesuatu perniagaan itu menetapkan penghantaran balasan jawapan dengan kadar cepat dan mudah.



Ia juga mempunyai ciri di mana pihak perniagaan boleh memberitahu atau membuat pengumuman yang berterusan mengenai promosi misalnya dengan hanya melalui teks WhatsApp.

Omni Hotline beroperasi sepenuhnya pada aplikasi mudah alih. Namun, terdapat juga kontrak dan deposit yang terlibat dalam urusan ini, di mana syarikat perniagaan hanya perlu memilih pelan yang memenuhi keperluan mereka dan membayar yuran bulanan, sama dengan konsep melanggan pelan pascabayar telefon bimbit.

Pengenalan ciri baru ini adalah selaras dengan misi Digi untuk membantu mendigitalisasikan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia dengan cara yang lebih baik bagi menguruskan perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang ciri baru ini atau cara-cara untuk mendaftar, sila layari omnihotline.my.

Berkaitan