WhatsApp Bawa Sokongan PIP Untuk Panggilan Video

Pada yang belum mengetahui, ciri PIP (picture-in-picture) merupakan sejenis ciri baru yang dibawakan oleh sistem operasi Android Oreo.

Ianya membenarkan pengguna membuka aplikasi lain sementara aplikasi pertama masih lagi berjalan dalam paparan kecil, sama seperti yang digunakan oleh Youtube di telefon mudah alih.



WhatsApp mengambil ciri ini dan menggunakannya untuk panggilan video. Pengguna kini dapat keluar ke home dan menjalankan aplikasi lain sementara panggilan video tetap berjalan dengan paparan tetingkap kecil seperti yang anda dapat lihat di bawah.



Pengguna juga dapat mengubah posisi tetingkap kecil dengan menyentuh dan seret kemana-mana sahaja yang disukai.



Tekan sahaja ikon petak di tengah untuk membesarkan semula panggilan video. Namun kemaskini ini hanya hadir untuk sistem operasi Android Oreo sahaja setakat ini.

Sumber