WhatsApp Bakal Tampil Dengan Ciri Sticker

Mungkin WhatsApp agak ketinggalan sedikit berbanding pesaing lain seperti Telegram, WeChat dan Line tetapi itu bukanlah alasan untuk ia terus ketinggalan.

Bermacam-macam ciri telah diperkenalkan platform pemesejan segera tersebut akhir-akhir ini dengan ciri yang terbaru dan sedang berada dalam peringkat ujian adalah ciri sticker.

Ciri terbabit terkandung didalam WhatsApp 2.18.12 versi beta untuk Android dan sticker pertama yang kelihatan dipanggil Unchi and Rollie.



Berkemungkinan sticker akan ditawarkan untuk pengguna WhatsApp tidak lama lagi dan ia dapat menjadikan perbualan anda lebih meriah serta menarik.



Sumber: Nokia Power User