Pada tahun lalu, WhatsApp membangunkan dan menguji ciri mesej terpadam sendiri yang dikenali sebagai “Disappearing Messages“. Kemudiannya WhatsApp menukarkan pula nama ciri tersebut kepada “Delete Messages“. Ciri mesej terpadam sendiri ini berfungsi sebagai alat pembersih mesej khusus bagi membuang lambakan mesej-mesej di dalam grup. Mengaktifkan tetapan ini hanya boleh dibuat oleh pengelola dalam sesebuah grup WhatsApp sahaja.
Walau bagaimanapun, dalam kemaskini versi beta 2.20.83 dan 2.20.84, WhatsApp telah dilihat bakal memperkenalkan fungsi ini bagi perbualan individu pada aplikasi tersebut.
Bagi anda yang tidak tahu, fungsi ini akan memberikan pilihan tempoh masa yang anda perlukan untuk memadam pesanan tersebut secara automatik. Pilihan yang tersedia termasuk 1 jam, sehari, seminggu, setahun, atau anda juga boleh mematikan fungsi ini jika merasa tidak perlu.
Ini bermakna, memilih tempoh setahun akan menjadikan pesanan tersebut disimpan selama setahun dan begitu juga bagi pilihan yang lain. Apabila anda menetapkan tempoh masa tersebut, ikon jam akan muncul di sebelah kanan waktu pesanan tersebut dihantar. Anda juga akan menerima notifikasi yang memberitahu pesanan tersebut akan dipadam selepas tempoh yang telah ditetapkan.
Pada masa ini, ia masih sedang dibangunkan dan belum jelas bila fungsi ini akan dilepaskan bagi versi stabil untuk semua pengguna WhatsApp.
Sumber: MSPU
Berkaitan
- Facebook Henti Rancangan Iklan Pada WhatsApp Buat Sementara Waktu
- WhatsApp Kini Hadir Dengan Ciri Pembelian Secara Terus Dalam Aplikasi
- WhatsApp Uji Ciri Dail Nombor Telefon Secara Terus Dalam Aplikasi
- Elon Musk Syorkan Guna Aplikasi Signal Sebagai Alternatif WhatsApp
- WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama
- Tak Lama Lagi Pengguna WhatsApp Boleh Akses 'Chatbot' AI
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Menarik Ini Tidak Lama Lagi
- Ini Cara Lindungi Alamat IP Dalam Panggilan WhatsApp
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'People Nearby' Untuk Perkongsian Fail
- Ini Pilihan Yang Ada Sekiranya Tidak Mahu Terima Polisi Privasi WhatsApp