Umum mengetahui bahawa kebanyakan peniaga dan pembeli dalam talian lebih gemar berhubung antara satu sama lain dengan Whatsapp kerana ia lebih cepat dan mudah. Melihat kepada perkara tersebut, Whatsapp mengambil inisiatif untuk membantu peniaga dan pembeli dengan membangunkan satu aplikasi khas yang bakal memudahkan komunikasi antara mereka.
Disebut sebagai WhatsApp Business, ia akan menyasarkan kepada dua kelompok perniagaan; syarikat kecil dan juga syarikat besar seperti perbankan, penerbangan, e-dagang dan seumpamanya.
Untuk syarikat yang berskala besar mereka mampu memudahkan pengguna dengan memberikan notifikasi seperti contoh, waktu penerbangan, pengesahan penghantaran barangan dan apa-apa maklumat lain tentang servis yang berkaitan.
Selain itu, ia turut menawarkan fungsi pengesahan profil supaya anda lebih yakin untuk berhubung dengan peniaga tersebut.
Aplikasi ini masih berada dalam peringkat ujian dan WhatsApp akan memaklumkan penawarannya nanti.
Sumber: WhatsApp Blog
Berkaitan
- Aplikasi Pelayar Opera Untuk Platform Android Kini Tersedia Dengan Ciri VPN
- Redmi Note 9S Dikatakan Mempunyai Masalah Sambungan WiFi
- Hanya Ada 6,000 Unit Sahaja, Malaysia terpilih Untuk Pasarkan realme 10 Pro Coca-Cola
- Winamp Akan Buat Kemunculan Semula Tahun Hadapan
- Tertiris Imej Panel Belakang Mi Mix 3, Rekaan Dwi Kamera Mungkin Mirip iPhone X
- Uber Sudah Jumpa Pengganti Untuk Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif
- Huawei Adakan Promosi Tukar Bateri Pada Harga RM99
- MIUI 9 Bakal Tampil Dengan Fungsi Memadam Aplikasi Bloatware
- Sony Tunda Acara Khas PlayStation 5 Yang Sepatutnya Berlangsung 4 Jun Ini
- Bateri Prototaip Ini Mampu Bertahan Sehingga Seminggu