WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Pembelian Dalam Talian

Facebook telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk bawa ciri pembelian dalam aplikasi melalui WhatsApp.



Kini, laporan terbaru mengatakan mereka juga merancang untuk membenarkan pengguna untuk membeli-belah secara terus dalam WhatsApp ibarat aplikasi e-dagang.

Ia juga mirip dengan Facebook Shop yang baru diperkenalkan pada Mei yang lalu.

Fungsi ini kelihatan jelas dimana sebuah video promosi dari Youtube rasmi WhatsApp memperlihatkan bagaimana urus niaga itu berlangsung.

https://youtu.be/DOKp7FmNJVE

Pengguna boleh membuat pesanan serta dapat mengkases dengan pautan ke katalog produk. Kemudian, pengguna boleh menambahkan barang ke troli dan terus lengkapkan pembayaran.

Facebook juga berusaha untuk kembangkan ciri-ciri ini di seluruh aplikasinya termasuk Facebook, Instagram dan WhatsApp serta meningkatkan infrastruktur e-dagang mereka.



Namun, ciri ini masih belum tersedia lagi buat masa kini dan akan mula untuk peringkat permulaan pada tahun ini juga.

Jika ia sudah rasmi, sudah pasti akan ramai yang akan menggunakannya terutama kepada pekedai yang akan memudahkan urusan jual beli dalam talian.

Sumber: engadget