WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Gambar Terpadam Secara Automatik

WhatsApp kini dilaporkan sedang membangunkan ciri gambar terpadam secara automatik untuk kemas kini akan datang bagi peranti iOS dan Android.

Menggunakan konsep yang sama seperti di Instagram Direct, gambar yang dihantar akan terpadam secara automatik setelah dibuka oleh penerima.



Memetik laporan WABetaInfo, buat masa ini WhatsApp tidak menggunakan pengesanan tangkap layar (screenshot detection) pada aplikasi itu seperti yang terdapat pada Instagram Direct.

Sekiranya screenshot detection digunakan, penghantar akan menerima pemberitahuan jika penerima membuat tangkap layar pada gambar yang dihantar.

Bagaimanapun, memandangkan ciri ini masih dalam fasa pembangunan, belum diketahui jika pengesan tersebut akan digunakan atau sebaliknya.

https://twitter.com/WABetaInfo/status/1366929364630327310

Dalam pada itu, WABetaInfo turut memaklumkan gambar yang dihantar dengan mengaktifkan ciri ini tidak boleh dieksport daripada WhatsApp.

Sumber: WABetaInfo