WhatsApp Akan Menyokong Ciri Perkongsian Status Ke Facebook

Termasuklah perkongsian Status ke aplikasi-aplikasi sosial yang lain.


Laman The Verge melaporkan pembangun aplikasi sembang sosial popular, WhatsApp sedang mencuba ciri baru yang membolehkan penggunanya berkongsikan status dari aplikasi tersebut ke aplikasi-aplikasi lain yang terdapat di dalam peranti pintar pengguna.

Ini termasuklah aplikasi sosial Facebook, Instagram serta Gmail dan Google Photos. Walaupun ciri perkongsian status ini akan memudahkan pengguna WhatsApp, tetapi ia turut menimbulkan persoalan terhadap keselamatan data serta privas i pengguna.

Sebelum ini, WhatsApp telah berjanji bahawa mereka tidak akan berkongsikan data penggunanya bersama Facebook ketika pengambil alihan oleh Facebook ke atas aplikasi tersebut pada tahun 2014 dahulu.

Walaubagaimanapun, semuanya berubah apabila mereka menyatakan bahawa mereka akan mula berkongsikan data penggunanya bersama Facebook pada tahun 2016.

Tindakan tersebut menyebabkan WhatsApp di denda sebanyak $122 juta oleh Suruhanjaya Eropah kerana mengelirukan pihak berkuasa mengenai limitasi pautan akaun yang boleh disambungkan sebelum pengambil alihan tersebut.

Ciri Status WhatsApp mula diperkenalkan dalam tahun 2017 dan aplikasi tersebut dilaporkan kini mempunyai jumlah pengguna aktif  lebih daripada 500 juta pengguna di seluruh dunia (berdasarkan data dari laman Statista).

Bermula tahun 2020 juga, iklan akan mula dipaparkan dalam Status pengguna WhatsApp.

Sumber: The Verge

Berkaitan