Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Akan Menghentikan Servis Kepada Beberapa Model Telefon Lama

WhatsApp Akan Menghentikan Servis Kepada Beberapa Model Telefon Lama

Diterbitkan Januari 4, 2017 · Dikemas kini Januari 4, 2017 oleh Haikel Areff

Sebuah aplikasi pemesejan terkenal WhatsApp telah mengeluarkan kenyataan mereka akan menghentikan servis kepada telefon pintar lama. Kepada pengguna yang masih menggunakan sistem operasi Android Froyo 2.1 dan 2.2, iPhone 3GS dan iOS 6 akan mendapati aplikasi tersebut tidak boleh diekses lagi. Ianya sama kepada pengguna yang masih menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.

Jika dilihat dari figura pasaran ketika ini, hanya 0.1% yang masih menggunakan sistem operasi yang disebut sebentar tadi. WhatsApp turut menasihati pengguna supaya membeli telefon baru atau telefon yang menggunakan sistem operasi yang lebih baru dari sistem operasi yang disebutkan jika masih mahu menggunakan aplikasi tersebut.

WhatsApp juga memberitahu pada awalnya kebanyakan telefon BlackBerry dan Nokia bakal dihentikan daripada menerima servis dari WhatsApp. Namun, pihak mereka menarik semula kenyataan tersebut selepas menerima banyak rungutan daripada pengguna.

Mereka menghambila keputusan untuk menghentikan servis kepada sistem operasi yang lama adalah kerana mahu mengetengahkan lebih banyak fungsi ‘advance’ ke dalam aplikasi mereka. Terdapat beberapa khabar angin tentang WhatsApp akan menambah fungsi dimana pengguna dapat memadam atau menyunting semula mesej yang telah dihantar.

Wow, ini satu berita yang menarik. Saya sendiri selalu terlepas kata sesat atau ‘typo’ semasa menghantar mesej kepada rakan yang menyababkan rakan anda tersinggung (clumsy). Dengan fungsi ini, anda masih ada harapan untuk menyelamatkan keadaan.

Sumber: Gadgets.Ndtv, Pragativadi News Service, Indian Express

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY