WhatsApp Akan Mengenakan Bayaran Pada Beberapa Servis Percuma Mereka Tidak Lama Lagi


Selain memaklumkan tentang ciri-ciri terbaru yang akan diperkenalkan dalam aplikasi WhatsApp yang akan tiba tidak lama lagi, Facebook turut memaklumkan bahawa mereka akan mula mengenakan bayaran pada salah satu servis percuma yang ditawarkan ketika ini.

Secara khususnya adalah kepada para pemilik akaun WhatsApp Business yang menggunakan servis-servis percuma yang ditawarkan dalam WhatsApp Business ketika ini.

"We will charge business customers for some of the services we offer, which will help WhatsApp continue building a business of our own while we provide and expand free end-to-end encrypted text, video and voice calling for more than two billion people." WhatsApp.

WhatsApp kini sedang menambahkan lagi ciri-ciri terbaru khusus untuk pengguna WhatsApp Business seperti proses jual beli terus dari aplikasi sembang tersebut serta akan menawarkan perkhidmatan menguruskan mesej-mesej WhatsApp menerusi "Facebook Hosting Services".

Facebook mengharapkan servis terbaru yang akan ditawarkan itu akan lebih memudahkan pengguna WhatsApp Business menjual produk-produk mereka serta lebih pantas respon terhadap mesej-mesej yang diterima.

Ketika ini terdapat lebih daripada 175 juta pengguna aktif di seluruh dunia yang menggunakan platfom WhatsApp Business bagi menjalankan urusan perniagaan bersama pelanggan mereka setiap hari.