Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp business

WhatsApp Akan Mengenakan Bayaran Pada Beberapa Servis Percuma Mereka Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Oktober 26, 2020 · Dikemas kini Oktober 26, 2020 oleh ariff bukhari

Selain memaklumkan tentang ciri-ciri terbaru yang akan diperkenalkan dalam aplikasi WhatsApp yang akan tiba tidak lama lagi, Facebook turut memaklumkan bahawa mereka akan mula mengenakan bayaran pada salah satu servis percuma yang ditawarkan ketika ini.

Secara khususnya adalah kepada para pemilik akaun WhatsApp Business yang menggunakan servis-servis percuma yang ditawarkan dalam WhatsApp Business ketika ini.

“We will charge business customers for some of the services we offer, which will help WhatsApp continue building a business of our own while we provide and expand free end-to-end encrypted text, video and voice calling for more than two billion people.” WhatsApp.

WhatsApp kini sedang menambahkan lagi ciri-ciri terbaru khusus untuk pengguna WhatsApp Business seperti proses jual beli terus dari aplikasi sembang tersebut serta akan menawarkan perkhidmatan menguruskan mesej-mesej WhatsApp menerusi “Facebook Hosting Services“.

Facebook mengharapkan servis terbaru yang akan ditawarkan itu akan lebih memudahkan pengguna WhatsApp Business menjual produk-produk mereka serta lebih pantas respon terhadap mesej-mesej yang diterima.

Ketika ini terdapat lebih daripada 175 juta pengguna aktif di seluruh dunia yang menggunakan platfom WhatsApp Business bagi menjalankan urusan perniagaan bersama pelanggan mereka setiap hari.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY