WhatsApp Akan Mengembalikan Status Teks Minggu Hadapan

Setelah mendapat kritikan yang agak hebat, WhatsApp akan mengembalikan fungsi 'Status' berasaskan teks selepas fungsi 'Status' itu digantikan dengan format gambar dan video yang akan hilang selepas 24 jam. Fungsi asal itu dikhabarkan akan menemui pengguna Android pada minggu hadapan. Untuk pengguna iOS, tiada lagi tarikh rasmi yang diumumkan tetapi mungkin menyusul dengan segera.

Tidak kurang dari tempoh sebulan, Facebook mengumumkan perancangan mereka untuk menambah fungsi 'Stories' kepada WhatsApp dalam usaha untuk bersaing dengan Snapchat yang terkenal dengan fungsi tersebut.

Dengan kembalinya fungsi 'status' berasaskan teks atas permintaan ramai, WhatsApp berkata fungsi sedia ada akan tetap diteruskan menerusi tab yang berlainan.

Tak tahu pula ramai orang menggunakan fungsi 'status' ni.. Perasan plak 'status' yang ditulis.. Dinding Facebook kan dh ada.. Hehe

Sumber