WhatsApp Akan Berhenti Berfungsi Untuk Peranti Ini Mulai Minggu Hadapan

WhatsApp sebuah platform mesej yang popular telah pun menamatkan perkhidmatan mereka untuk peranti Symbian s60 pada bulan Jun tahun ini dan mereka bercadang akan menghentikan sokongan mereka untuk beberapa peranti lagi bermula pada minggu hadapan.



Pengguna yang masing menggunakan peranti seperti BlackBerry OS, BlackBerry 10, Microsoft Windows 8.0 dan sistem operasi yang lebih lama akan tidak diberikan sokongan lagi terhadap perkhidmatan WhatsApp mereka bermula pada 31 Disember ini.

Mengapa sokongan dihentikan?

Peranti seperti BlackBerry 10 dan Windows 8.0 mempunyai sistem operasi dan perkakasan yang terlalu lama sehinggakan ia tidak lagi dapat menampung fungsi terbaru yang WhatsApp rancang pada masa akan datang.

Siapa pula selepas ini?



Dalam kenyataan media oleh syarikat, servis WhatsApp akan dihentikan untuk peranti yang dikuasakan oleh sistem Nokia S40 selepas 18 Disember 2018 dan peranti Android v2.3.7 Gingerbread yang akan kehilangan sokongan dari WhatsApp selepas 1 Febuari 2020.