WhatsApp Akan Benarkan Anda Kongsi Segala Jenis Fail

Aplikasi pemesejan yang dimiliki oleh Facebook ini seperti yang diketahui tidak banyak membawakan pembaharuan baru dalam aplikasi mereka. Ini kerana mereka mahu mengekalkan rekaan minimalistik, pantas dan ringan, yang menjadi punca utama WhatsApp digemari ramai.

Baru-baru ini timbul berita tentang penambahan ciri baru yang membenarkan pengguna menghantar dan berkongsi segala jenis fail ke kenalan.

Melalui kemaskini yang bakal disebarkan tidak lama lagi, WhatsApp kini membenarkan pengguna menghantar fail seperti format APK, RAR, EXE, ZIP dan lain-lain lagi. Ketika ini pengguna hanya dibenarkan untuk menghantar dokumen fail seperti PDF, Word, Excel dan Slide.

 

Perkongsian fail dokumen di peranti iOS hanya dibenarkan untuk fail bersaiz maksimum 128GB manakala hanya 100MB untuk Android dan 64GB untuk penggunaan WhatsApp Web. Cuma ianya masih dalam bentuk percubaan beta untuk beberapa pengguna terpilih sahaja.

 

Sumber: TNW