Kelemahan tersebut boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab, dimana mesej akan dipalsukan dan ia meningkatkan lagi kemungkinan penyebaran maklumat tidak benar tetapi disangka dari sumber yang dipercayai.
Menurut penyelidik, terdapat tiga kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh penggodam;
- Menggunakan "quote" didalam grup perbualan untuk menukar identiti penghantar, walaupun individu itu bukan ahli grup tersebut.
- Ubah teks balasan pengguna lain.
- Menghantar mesej umum yang menyamar sebagai mesej peribadi didalam grup, tetapi apabila penerima membalas mesej tersebut, teks balasan itu boleh dilihat oleh semua ahli grup.
Check Point dilaporkan telah menghubungi pihak WhatsApp mengenai permasalahan ini penghujung tahun lalu dan dikatakan hanya kelemahan yang ketiga sahaja sudah diperbaiki.
Berhubung perkara ini, jurucakap Facebook mengeluarkan kenyataan ini kepada The Next Web.
"We carefully reviewed this issue a year ago and it is false to suggest there is a vulnerability with the security we provide on WhatsApp. The scenario described here is merely the mobile equivalent of altering replies in an email thread to make it look like something a person didn’t write. We need to be mindful that addressing concerns raised by these researchers could make WhatsApp less private — such as storing information about the origin of messages."
Difahamkan lagi, penyelidik sedang bekerjasama dengan WhatsApp, tetapi terdapat kesukaran untuk menyeleasaikann kerana ciri penyulitan aplikasi tersebut.
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- Ciri Mesej Terpadam Secara Automatik Pada WhatsApp Beta Dikemaskini
- Facebook Uji Butang "Downvote" Untuk Tandakan Komen Buruk
- Sayang Akaun Facebook Anda? Ikuti Langkah Berikut Untuk 'Backup' Data Dari Akaun Facebook
- WhatsApp Sedang Uji Ciri Mesej Yang Terpadam Secara Automatik
- Facebook Akan Kenal Pasti Dan Beritahu Sekiranya Foto Anda Di Muat Naik
- Sebelum Diambil Alih Oleh Facebook, Whatsapp Hampir Dibeli Syarikat Dari China
- WhatsApp Uji Ciri Lucutkan Peranan Pentadbir Lain Dalam Grup Perbualan
- Facebook Akan Tapis Perkongsian Berunsur Meminta Like, Share Atau Komen.
- WhatsApp iOS Dapat Ciri Balasan Peribadi Bagi Perbualan Didalam Grup
- Data Lebih Setengah Bilion Pengguna Facebook Dibocorkan Ke Dalam Talian