Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri “Delete for Everyone” Mungkin Tidak Ada Had Masa Selepas Ini

WhatsApp Ada Fungsi Baharu, Lebih Mudah Buat Aduan Kalau Ada Masalah

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh Amsyar Latif

Menurut laporan terbaru daripada WABetaInfo, WhatsApp memperkenalkan fungsi “in-App Support” buat penggunanya.

Fungsi ini adalah untuk memudahkan pengguna WhatsApp melaporkan sebarang masalah atau meminta bantuan berkaitan aplikasi permesejan tersebut.

Terdahulu, fungsi ini perlu melalui e-mel. Namun, melalui ciri baharu ini, setiap kali pengguna menghantar komen misalnya, WhatsApp akan balas dalam bentuk chat.

WhatsApp Support

Selain itu, apabila “WhatsApp Support” menghubungi pengguna, profil mereka akan memaparkan label “verified” berwarna hijau. Ini adalah penting agar pengguna mengetahui bahawa ia adalah akaun rasmi.

Tambahan lagi, beberapa maklumat peranti akan dikongsikan seperti nombor telefon, maklumat rangkaian (3G, LTE, 5G, WiFi) dan versi WhatsApp dan sistem operasi. Ia bertujuan untuk memudahkan pihak WhatsApp mengetahui masalah apa yang sedang dihadapi.

Bagaimanapun, fungsi ini adalah pilihan sahaja sama ada mahu berkongsikan maklumat tersebut atau tidak.

Bagi anda yang mahu menggunakan ciri terbaru ini, anda perlu pergi settings>help>contact us.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Kalau Dapat Mesej Palsu Shopee Di WhatsApp

  • WhatsApp Pada iPhone Akan Papar Gambar Profil Di Notifikasi Kelak

  • WhatsApp Ada Kemaskini Baru, Padam Perbualan Secara Automatik Dalam 24 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY