Western Digital Umum SSD SN850 Dengan Kelajuan Membaca 7000MB/s

Western Digital telah mengumumkan barisan SSD terbaharunya, SN850 dengan teknologi pertama PCIe  4.0 M.2 NVMe. Ia mempunyai kelajuan membaca sehingga 7000MB/s dan 5300MB/s menulis.



Ini merupakan peningkatan kelajuan yang ketara berbanding model sebelum ini, WD SN750 dengan kelajuan baca/tulis sebanyak 3100MB/s dan 1600MB/s serta ia hampir sama taraf dengan SSD keluaran Samsung PCIe 4.0 NVMe.

WD SN850 ini adalah model SSD yang standard dan boleh dimuatkan ke dalam semua jenis PC. Selain itu, ia boleh digunakan pada konsol terbaru Sony PlayStation 5 dimana ia menggunakan slot PCIe 4.0 M.2 NVMe.



Walaupun ia bukanlah SSD pertama yang boleh digunakan pada PS5 kerana Samsung juga mempunyai SSD yang menyokongnya. Namun, kelebihan pada SN850 adalah terdapat heatsink yang akan membantu daripada terlalu panas.

Terdapat tiga varian bagi WD SN850 iaitu 500GB, 1TB dan 2TB. Harga jualan masing-masing adalah USD149.99 (~RM622), USD229.99(~RM954) dan USD449.99 (~RM1867).

Sementara varian yang mempunyai heatsink pula dengan penambahan harga sebanyak USD20. Buat masa sekarang, SSD ini masih belum hadir buat pasaran Malaysia.

Sumber: Western Digital