Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Western Digital Tambah Pelaburan Sebanyak RM2.3 Billlion Untuk Tingkatkan Pengeluaran Di Malaysia

Posted on November 5, 2020

Western Digital merupakan syarikat yang popular dalam menawarkan produk storan seperti HDD, SDD, dan lain-lain.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia hari ini telah membuat kenyataan rasmi bahawa syarikat Western Digital bakal menambah pelaburan sebanyak RM2.3 billion di Malaysia.

US-based @westerndigital will be expanding its investment in Penang & Sarawak (RM2.3 bil) and >2,000 jobs to be created for Malaysians. A success story for Malaysia as we navigate through the economic impact of COVID-19! @AzminAli @limbanhong @lokmanhakim_ali @OfficialMIDA https://t.co/6jeBee6y9v

— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) November 5, 2020

Pelaburan itu diperuntukkan untuk memperluaskan fasiliti dan kapasiti kilang di Western Digital Media Pulau Pinang dan Western Digital Sarawak.

Dengan pelaburan bernilai RM2.3 billion itu, nilai pelaburan Western Digital di Malaysia selama ini berjumlah RM18 billion. Ia juga dijangka akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 penduduk tempatan.

Buat masa ini, nilai eksport Western Digital dari Malaysia adalah RM18 billion. Dianggarkan nilai akan lebih meningkat apabila projek membesarkan fasiliti dan kapasiti kilang dilaksanakan sepenuhnya.

Sumber: MITI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress