Western Digital Perlihatkan Prototaip Storan SSD Mudah Alih Berkapasiti 8TB

Mungkin akan ditawarkan lewat tahun ini.


Selain memperkenalkan storan SanDisk Ultra Dual Drive Luxe USB Type-C yang berkapasiti sehingga 1TB di CES 2020, Western Digital turut pertontonkan prototaip storan yang sedang dibangunkan mereka iaitu storan SanDisk SSD yang berkapasiti 8TB.

Direka bentuk supaya bersaiz kompak yang boleh dimuatkan dalam poket, ia sekaligus akan memberikan pilihan storan berkapasiti besar yang diperlukan pengguna pada masa akan datang.

Tidak sekadar bersaiz besar, WD mendakwa storan prototaip itu menyokong sambungan pantas USB SuperSpeed yang berkelajuan sehingga 20Gbps.

Walaubagaimanapun, pihak Western Digital tidak berkongsikan data sebenar prestasi atau harga storan mudah alih dan pantas ini kepada umum setakat ini.

Tetapi dijangkakan WD akan memasarkannya kepada pengguna dalam tahun ini juga.

Berkaitan