Western Digital Perkenal WD Black PCIe SSD

Minggu lepas Western Digital telah memperkenalkan WD Black PCIe SSD yang pertama kali dikeluarkan untuk pasaran pengguna. Sebelum ini mereka telah memasarkan model WD Green dan WD Blue pada musim luruh lalu. Untuk keluaran baru ini, syarikat itu menyasarkan pasaran yang lebih murah dan bukannya pasaran produk pretasi tinggi yang lain. Terdapat 2 pilihan kapasiti; 256GB dan 512Gb  yang masing-masing akan berharga dalam lingkungan ~RM490 dan ~RM900. Ini menjadikan WD Black antara yang termurah dalam pasaran PCIe SSD M.2 selain dari Intel 600p.

WD Black kelihatan tidak dilengkapi dengan sebarang penyebar haba, tetapi model ini dipersiapkan dengan algoritma pengurusan kuasa dan haba yang dikatakan membantu penggunaan untuk prestasi konsisten dengan penggunaan kuasa yang rendah. SSD ini direkodkan beroperasi sehingga suhu 70'c dimana agak rendah sedikit berbanding PCIe SSD yang lain seperti contoh OCZ RD400 yang mampu beroperasi sekitar 80'c.

WD Black ini bakal dipasarkan pada separuh pertama 2017

Sumber: anandtech