Western Digital Perkenal Cakera Keras Luaran Berkapasiti 20TB

Syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Western Digital telah memperkenalkan peranti storan yang mampu menyimpan data sehingga 20 TB atau bersamaan dengan 20,000 GB.

MyBook Duo adalah gabungan dua cakera keras luaran yang masing masing bersaiz 10TB setiap satunya( gabungan 2 dua 10TB WD Red), seberat lebih dari 2KG dan berukuran 7 x 4 x 6.3 inci.

Menurut pengeluar, storan ini mampu mencapai kelajuan sehingga 360mb/s dan dilengkapi dengan port USB 3.0. Hadir dengan format NTFS dan bersedia untuk digunakan bersama Windows 7, 8.0,8.1 serta 10, dan jika komputer anda menggunakan sistem operasi yang lain, ia perlulah di format semula.

Cakera keras luaran ini dipasarkan pada harga €1209 (~RM6654.58) dan ini bukanlah kali pertama Westernd Digital hadir dengan storan bersaiz besar kerana pada tahun 2016 lalu, mereka mencipta kad  SanDisk SDXC berkapasiti 1TB.

https://www.youtube.com/watch?v=87mJLy_7G4o