WeChat Diharamkan Di Rusia Selepas Tindakan Lebih Keras Kepada Penyedia Pesanan

Pemantau media kerajaan Rusia telah menutup akses kepada WeChat selepas mereka gagal memberi maklumat yang mencukupi kepada badan kerajaan.

Tencent, pemilik kepada WeChat mengakui pada 6 May, WeChat telah ditutup aksesnya dan mereka dalam usaha bersama pihak berkuasa untuk memperbaiki situasi tersebut.

Servis itu pada ketika ini mempunyai pengguna sebanyak 800 juta dan menjadi aplikasi chat yang paling popular di China.

Jurucakap pemantau media Rusia pula berkata yang Tencent tidak menyediakan maklumat pengguna kepada pihak berkuasa.

Ada yang percaya yang peristiwa ini berkait dengan undang-undang 2014, dimana data untuk rakyat Rusia hendaklah disimpan secara domestik.

Minggu lepas pada 3 May, pihak berkuasa telah menambah BlackBerry Messenger (BBM) dan Line ke dalam senarai servis yang diharamkan kerana mereka gagal untuk mendaftarkan diri sebagai pengedar maklumat.

Sumber