Webe Boleh Di Dapati Secara Rasmi Pada 30 September ini





Beberapa hari yang lalu, Webe mengumumkan pelan pasca bayar mereka bakal berada di pasaran pada 30 September ini. Pelanggan boleh mendaftar menerusi laman web rasmi Webe pada hari berkenaan ataupun pelanggan juga boleh mendaftar di Webe Lounge bertempat di Sunway Pyramid dan Quensbay Mall Pulau Pinang. Bagi mereka yang tidak berpeluang pergi ke tempat yang disebutkan, anda juga boleh mendaftar di TM point cawangan seluruh negara.



Pelangggan yang mendaftar dengan pelan pasca bayar Webe tidak perlu risau kerana pendaftaran ini tidak terikat dengan sebarang kontrak. Mereka yang sudah mendaftar bakal menikmati data, SMS dan panggilan tanpa had pada harga RM83.74 sebulan termasuk GST (jika anda merupakan pelanggan TM dan P1 untuk beberapa bulan yang lepas).



Klik sini untuk ke laman web rasmi Webe.









Sumber: Mdroid