Waze Papar Harga Tol Yang Perlu Dibayar Sepanjang Perjalanan

Mula diperkenalkan sejak empat bulan yang lepas di Amerika Syarikat, Kanada dan Israel, ciri paparan harga tol kini mula dibawa kepada pengguna tempatan pula.



Sebagai salah satu usaha memberikan pengalaman penggunaan terbaik, Waze menyatakan ciri tersebut mampu membantu pengguna dalam menjimatkan perbelanjaan mereka disamping membuat perbandingan harga tol bagi pilihan laluan yang disenaraikan.



Melaluinya, paparan harga tol akan tersedia secara automatik apabila pengguna melalui jalan yang bertol. Sepertimana yang ditawarkan di negara-negara lain, ciri paparan harga tol ini dibangunkan menerusi bantuan komuniti pengguna yang akan memasukkan harga tol tersebut mengikut lokasi.