Waze Mengumumkan "Waze for Cities" Data Yang Dihoskan di Google Cloud

Baru-baru ini Waze telah mengumumkan Waze for Cities Data yang dihoskan di Google Cloud Platform untuk penganalisaan tersedia yang akan membolehkan lebih dari 1,000 rakan kongsi global mengakses data trafik Waze for Cities Data dengan lebih lancar, untuk menyemak dan menganalisa corak pengangkutan disamping mencipta pengvisualan dengan menggunakan alat-alat Google Cloud buat julung kalinya.



Dahulunya dikenali sebagai Connected Citizens Program, telah dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2014 bersama 10 rakan kongsi bandar. Kini, Waze For Cities telah berkembang untuk berkhidmat bagi lebih daripada 1,000 rakan kongsi di seluruh dunia. Program yang percuma dan kolaboratif ini memanfaatkan teknologi mudah alih dan data lalu lintas sumbersama untuk memperkasakan majlis-majlis perbandaran dan responden-responden pertama bagi memperbaiki infrastruktur bandar mereka yang sedia ada.


Menurut Ketua Perkongsian Sektor Awam Waze, Dani Simons:


“Waze telah menjadi peneraju perkongsian data bersama bandar-bandar disamping berganding bahu dengan mereka untuk menambah baik infrastruktur dan membanteras kesesakan lalu lintas. Akan tetapi, semenjak lima tahun kebelakangan ini, situasi telah berubah. Bandar-bandar mempunyai lebih banyak data berbanding sebelumnya, lalu mereka mahukan alat yang lebih baik untuk menganalisa data tersebut serta membolehkan ia diguna pakai dalam peningkatan kualiti jalanan setempat. Kami sangat teruja untuk menyediakan integrasi ini dengan Google Cloud yang akan memudahkan lagi rakan-rakan kongsi Waze for Cities untuk mengatur, menyimpan, mentafsir dan berkongsi data serta cerapan pengangkutan,”


Dengan adanya Cities Data oleh Waze ini, rakan-rakan kongsi Waze for Cities akan mempunyai akses kepada alat gudang data terunggul BigQuery dan alat pengvisualan Data Studio. Alat-alat ini akan menjadikan penafsiran data lebih mudah untuk ditafsir dan dikongsi bersama para pengguna bukan teknikal. Rakan-rakan kongsi boleh menganalisa sehingga 1TB data dan menyimpan sehingga 10GB data secara percuma setiap bulan.



Menurut Pengarah Urusan SSDU Dr. Fahmi Ngah:


“Sepanjang kerjasama kami dengan Waze for Cities Data yang bermula pada September 2016, Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU) telah berjaya mengenal pasti jalan-jalan berlubang di pelbagai lokasi berdasarkan laporan-laporan yang dibuat oleh para pengguna Waze di aplikasi tersebut. Ini membolehkan mereka menyatakan lokasi lubang dan membolehkan kami untuk membaiki jalan-jalan berlubang ini sebagai sebahagian daripada operasi-operasi penampalan lubang di seluruh negeri Selangor yang dijalankan oleh 4 agensi negeri. Selain itu, ia juga telah membantu kami mengenal pasti lokasi-lokasi yang terdedah kepada risiko banjir. Kami teruja melihat integrasi Waze for Cities Data dengan Google Cloud kerana ia akan menjadikan pengalaman kami lebih baik." 


Untuk maklumay lanjut mengenai Waze for Cities Data, layari laman utama: Waze