Waze Mengintigrasi Aplikasi Spotify Untuk Membantu Perjalanan Anda Bebas Stress

Waze telah menambah satu ciri baru di dalam aplikasinya dan ia bukannya Android Auto.

Waze dan Spotify telah bekerjasama untuk meintigrasikan aplikasi mereka bersama. Ini membolehkan pengguna mengakses lagu dari 'playlist' Spotify mereka semasa mereka dalam perjalanan. Antara ciri tambahan ialah pengguna boleh skip trak lagu dan mendengar lagu-lagu yang terbaru serta lagu boleh terus bermain ketika anda memulakan perjalanan.

i.img

2

 

Dengan perkembangan ini, para pengguna khususnya warga kota yang selalu menggunakan kedua-dua aplikasi ini semasa ke tempat kerja boleh mendapat manfaat dari hasil usaha sama ini.

Waze menyatakan fungsi terbaru ini akan mengambil masa beberapa minggu dan pastikan dua aplikasi ini dikemaskini ke versi yang terbaru.

Sumber