Waze Membawakan Ciri Meminta Bantuan Menukar Tayar Dengan Pengguna Yang Lain

Kejadian seperti tayar bocor memang agak sukar untuk dijangkakan bila ianya akan terjadi. Tiada masalah jika anda seorang lelaki kerana anda mungkin mempunyai kudrat untuk menukarnya sendiri. Tetapi bagaimanapula bagi kaum hawa?

Terbaru, aplikasi navigasi popular, Waze, telah hadir dengan satu kemaskini yang mampu membantu pemandu meminta pertolongan sesama pengguna Waze yang lain.



Roadside Help adalah satu ciri baru dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pengguna yang sedang mengalami kebocoran tayar meminta bantuan pengguna berhampiran. Dengan sejumlah besar pengguna Waze sedia ada dan angka yang semakin meningkat, sudah pasti ada yang sudi berhenti dan menolong anda.

Kemaskini ini masih belum ditawarkan pada Google PlayStore Malaysia dan mungkin ia akan ditawarkan tidak lama lagi.

Sumber: Slashgear