Waze Carpool Mulakan Servis Di San Francisco





Aplikasi navigasi popular Waze kini melancarkan versi berkongsi perjalanan. Setelah beberapa bulan menjalani ujian beta, Wall Street Journey melaporkan Google yang merupakan pemilik aplikasi itu sudah melaksanakan versi yang bakal mencabar Uber dan Lyft.



Walaupun dikatakan mahu bersaing dengan perkhidmatan mengambil penumpang yang lain, untuk permulaan ini Google hanya membenarkan pemandu dan penumpang berkongsi perjalanan dua kali sehari. Pemandu hanya boleh mengenakan cas sebanyak $0.54 sejauh 1.7 Km. Menurut The Journal, pemandu perlu menghantar jadual kerja harian mereka beserta alamat rumah dan pejabat untuk tujuan pendaftaran.



Google menyatakan tiada perancangan untuk melakukan pemeriksaan latarbelakang, maklumat insurans kereta ataupun foto kereta kerana servis ini hanyalah bertujuan memenuhkan tempat duduk dan bergerak ke destinasi yang sama. Hal ini dilihat dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, disamping pemandu boleh membuat sedikit untung apabila penumpang menaiki kereta mereka dan menuju kearah destinasi yang sama.