Ikuti kami di media sosial

Trivia

WAV Dan MP3 – Ini Perbezaan Antara Dua Format Audio

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Jika anda meneliti kembali lagu-lagu yang disimpan dalam memori, mesti ada diantaranya berformat WAV dan ada yang MP3.

Kedua-duanya merupakan antara format popular bagi fail audio digital. Mungkin sesetengah dari anda tertanya-tanya perbezaan antara WAV dan MP3? Ini penjelasannya.

MP3

MP3 atau MPEG-2 layer 3, format ini dibangunkan oleh Moving Picture Experts Group sekitar 1990’an. Ia merupakan jenis lossy, bermaksud mampatan kepada audio asal kepada format ini mengurangkan kualiti dan serta saiznya.

Apabila audio asal ditukar kepada MP3, sebahagian maklumat dibuang seperti frekuensi yang tidak dapat didengar telinga, contohnya ultra sonic diatas 20KHz dan Infrasonic dibawah 16Hz.

Seterusnya, apabila bunyi kuat dikesan, sebahagian bunyi perlahan akan ditutup, jadi ia akan menghilangkan bunyi yang “tersembunyi”. Secara asasnya, fail MP3 10 kali lebih kecil berbanding WAV. Kualitinya pula agak sederhana.

Kelebihan MP3 adalah saiznya lebih kecil, mudah dipindahkan melalui internet dan sesuai untuk peranti mudah alih.

WAV

Sementara itu, WAV (Waveform Audio File Format)  dibangunkan dengan kerjasama oleh Microsoft dan IBM untuk digunakan dalam Windows 3.1.

Satu lagi format hampir serupa adalah AIFF yang dibangunkan oleh Apple pada 1988.

Pengekodan kepada format ini berjalan dengan cara isyarat audio ditukar kepada data binari.

Untuk itu, peranti analog kepada digital digunakan untuk mengambil lapisan gelombang ribuan persaat. Sebagai contoh, CD audio rakaman 44.1Khz, sebanyak 44,100 sampel ribuan persaat diambil.

Ini menjadikannya mampu merakam pelbagai frekuensi pada kadar 20Hz hingga 20KHz. Fail bunyi didalam sistem Windows menggunakan format WAV.

Tidak kiralah berapa besar saiznya, kualiti MP3 masih berada dibawah WAV kerana sebahagian perincian audio yang dibuang ketika proses mampatan dibuat.

Mungkin dahulu kekangan ruang simpanan membuatkan kita lebih terarah mendengar MP3, tetapi dengan kapasiti memori sekarang, rasanya tiada masalah untuk menikmati audio yang lebih berkualiti.

Sumber: Dawsons

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular