Memungut sampah di lautan yang terbentang luas bukanlah kerja yang mudah. Richard Hardiman dari RanMarine mula mencipta robot kecil yang boleh memungut sampah di sekitar laut Rotterdam. Kini ciptaanya itu sudah beroperasi menyeberangi laut yang lebih luas dan mengumpul sampah yang lebih besar.Robot yang dipanggil Waste Shark itu mempunyai dua jenis model; “Slim” dan “Fatboy”. Dibawah merupakan model Slim yang “memakan” sebiji oren.
Pihak berkuasa dari pelabuhan Rotterdam telah menaja projek kendalian Hardiman ini dimana empat buah Waste Shark digunakan untuk mengutip sampah di sekitar pelabuhan tersebut. Tajaan tersebut dijangka tamat pada penghujung tahun ini. Waste Shark mampu mengumpul sampah seberat 500 KG dan boleh menjangkau kedalam 1 kaki dari permukaan air. Ini merupakan model “Fatboy”.
Hardiman menjelaskan melalui laman web RanMarine, Waste Shark diibaratkan sebagai “Wall-E of water”. Ia merujuk kepada sebuah robot dalam filem terbitan Pixar yang mengumpul sampah di bumi hasil buangan dari manusia.
Sumber: Popular Science
Berkaitan
- Syarikat Teknologi China Naikkan Semangat Kerja Pengaturcara Dengan Ketua Sorak
- Jelajah Trak Huawei Nova Superstar Bakal Menemui Anda Sehingga 30 September Ini
- TV LG NanoCell Dapat Potongan Harga RM7000 Sempena Shopee 8.8
- Dapatkan Hasil Kamera Terbaik Dari Kuad Kamera OPPO A9 2020
- Huawei Mate 20 Pro RAM 8GB Dengan Storan 256GB Akan Mula Dijual 22 Disember Ini
- Samsung Galaxy S10+ Sudah Mendapat Pengesahan SIRIM
- Huawei Nova 8 Sudah Boleh Dibeli, Berharga RM1899 Di Malaysia
- WhatsApp Untuk Tablet Sedang Dipersiapkan
- HTC Masih Tidak Berputus Asa Dengan Pasaran Telefon Pintar
- Pendaftaran PUBG Mobile National Championship 2019 Bakal Diadakan 13 April Ini