Waspada Panggilan Palsu Menyamar Sebagai Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Juga terhadap e-mel atau apa-apa aplikasi / medium sosial yang mendakwa daripada pihak EAIC.







Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung isu panggilan telefon, e-mel atau apa-apa aplikasi / medium sosial yang mendakwa pihak EAIC meminta sejumlah bayaran wang tunai bertujuan untuk penyelesaian hutang bank.





Amaran ini dikeluarkan oleh pihak EAIC tidak lama selepas mereka menerima aduan daripada mangsa semalam yang mendakwa telah menerima panggilan palsu berkaitan dakwaan tersebut.

Oleh itu, EAIC menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mempercayai terhadap penipuan itu.

Sekiranya anda ada menerima panggilan meragukan ini, anda dinasihatkan supaya mendapatkan dahulu pengesahan daripada pihak EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my.





Pihak EAIC akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan berharap tindakan sewajarnya akan dijalankan bersama-sama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melindungi orang awam serta menjaga reputasi Suruhanjaya ini.












Berkaitan