Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Kini Dah Boleh Guna Fungsi MySejahtera Trace

Warganegara Tidak Lagi Perlu Lengkapkan Ciri Pas Pengembara Dalam Aplikasi MySejahtera

Diterbitkan Julai 4, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, bermula hari Isnin, 4 Julai 2022, warganegara Malaysia yang pulang ke tanah air kini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara (Traveller’s Pass) yang sebelum ini wajib diisi dalam aplikasi MySejahtera.

Namun, ciri Pas Pengembara itu masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Ini kerana ciri itu termasuklah ciri-ciri lain yang ada di dalam aplikasi MySejahtera tetap perlu dilengkapkan oleh pengembara yang bukan warganegara Malaysia sebelum mereka dibenarkan memasuki negara ini.

Warganegara Tidak Lagi Perlu Lengkapkan Ciri Pas Pengembara Dalam Aplikasi MySejahtera

KKM juga memberi peringatan dan menggesa orang ramai untuk memberi perhatian serius berhubung penularan sub-varian baru Omicron yang dikenali sebagai Omicron BA.4 dan Omicron BA.5 sedang tersebar di beberapa buah negara.

KKM menyatakan, kedua-dua sub-varian ini lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron sedia ada.
Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan agar tidak mengabaikan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan peningkatan semula kes COVID-19.
KKM COVID
Sumber: moh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY