Warga B40 Dan OKU Berdaftar Di Sabah & Sarawak Sudah Boleh Mengambil Dekoder Percuma MyFreeView Di Lokasi Terpilih

Sebanyak 7 pusat pengagihan di Sabah dan Sarawak dibuka untuk pengagihan dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan OKU.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa proses pengagihan dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sabah dan Sarawak bermula dari 15 Februari hingga 8 Mac 2020.

Dekoder percuma my Freeview itu pula hanya boleh dituntut oleh warga B40 dan golongan OKU yang layak dan berdaftar sahaja.

Sebanyak 7 pusat pengagihan akan dibuka bagi proses pengagihan yang akan dibuat secara berperingkat iaitu 1 di Sabah dan 6 lagi di Sarawak.

Berikut adalah jadual dan lokasi pengagihan dekoder percuma tersebut:-

PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SABAH













Lokasi Alamat Tarikh Pengagihan
Kota Kinabalu Kompleks Bersepadu KKMM, Off, Jalan Lintas, Kepayan 20-22 Feb

PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SARAWAK




































Lokasi Alamat Tarikh Pengagihan
Kuching Aeroville Mall, Kuching
Lot 19923 (Phase 2) Block 11, Jalan Stutong Baru
15-16 Feb
E-Mart Batu Kawah, Kuching
Lot 6369, Block 225 KNLD, 4th Mile, Jalan Batu Kawa, Taman Desa Wira
17-18 Feb
Miri E-Mart Tudan, Miri
Emart Commercial Centre Block B, Phase 3, Jln Tudan, Tudan
26 Feb
Dewan Suarah Miri, Miri
Jalan Merdu
27-28 Feb
Bintulu Times Square Mall, Bintulu 1-2 Mac
Sibu SMK Nangka, Sibu
Jalan Tun Abang Haji Openg, Pekan Sibu
7-8 Mac

Semua pusat pengagihan dekoder itu akan dibuka daripada pukul 9:00 pagi hingga 4:30 petang.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya membawa bersama kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagi menyemak sama ada anda layak menuntut dekoder percuma ini, sila layari laman sesawang www.mytvbroadcasting.my/B40.

Atau anda juga boleh menyemak menerusi SMS dengan menaip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888.

Berkaitan