WannaCry: Penggodam Telah Mengeluarkan Lebih Dari RM 607 Ribu

Jumlah wang tersebut telah dikeluarkan dari dompet digital yang menempatkan wang ugutan hasil serangan ransomware WannaCry sebelum ini dengan pihak berkuasa masih mencari dalang disebalik serangan itu.

Serangan WannaCry yang telah melumpuhkan sistem maklumat Servis Kesihatan Nasional UK telah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar hampir 3 bulan lalu.

Mangsa WannaCry diminta untuk membayar wang tebusan antara RM 1284 ke RM 2600 bagi mendapatkan fail-fail yang telah dikunci.

Sejak serangan tersebut, ramai beranggapan yang wang tersebut akan dipindahkan.

Namun setakat ini hasil untuk menjejak penggodam-penggodam tersebut menemui jalan buntu disebabkan sistem mata wang digital itu sendiri yang berbeza sifatnya dengan mata wang tradisional.

Sumber