Lanjutan daripada itu, syarikat telah meningkatkan lagi pembangunan bateri mereka disamping melakukan ujian kualiti bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. CEO syarikat juga memberi jaminan bateri didalam Galaxy Note 9 lebih selamat berbanding dahulu dan pengguna tidak perlu risau lagi.
Namun begitu, beberapa hari lepas, seorang wanita dari New York telah menyaman Samsung dan mendakwa peranti miliknya, Galaxy Note 9 telah meletup didalam beg tangan beliau.
Menurut wanita tersebut, Diane Chung, dia mula perasan telefon pintarnya itu menjadi sangat panas dan beliau berhenti menggunakannya lalu diletakkan didalam beg tangan.
Tidak lama selepas itu, beliau terdengar bunyi mendesir dan terlihat asap keluar daripada beg tangannya. Tangan beliau tercedera ketika mahu mengeluarkan peranti itu dari dalam beg tangan.
Mengulas lanjut mengenai insiden itu, jurucakap Samsung menjelaskan kepada The Sun, mereka tahu tentang kejadian tersebut dan menyatakan ia adalah kes terpencil. Kenyataan turut menyebut Samsung mengambil serius keselamatan pengguna dan yakin dengan kualiti jutaan unit Galaxy yang dipasarkan. Dalam kenyataan itu juga, mereka juga memberitahu tidak menerima sebarang laporan lain mengenai bateri Galaxy Note 9 meletup dan sedang menyiasat insiden yang berlaku kepada Diane Chung.
Sumber: The Sun
Berkaitan
- OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz
- Odyssey | Gaming Laptop Pertama Dari Samsung
- Samsung Galaxy A30 Dan A50 Akan Masuk Ke Malaysia, Harga Bermula Dari RM799
- Kod Sumber iOS 9 Dibocorkan Ke Internet
- Unifi Tawar Pelan 300Mbps Pada Harga Promosi RM199, Promosi Dibuka Sehingga Akhir Bulan Jun
- Samsung Bakal Keluarkan Cip Exynos 9810, Mungkin Dipasang Pada Galaxy S9
- ASUS ROG GX800-Komputer Gaming Hadir Di Malaysia Dengan Harga RM25,999
- Samsung Galaxy Note 8 Sah Akan Dijual Pada Harga RM3999
- Redmi Note 8 Pro Dengan Snapdragon 730, Ada Atau Tidak? Ini Jawapannya
- Beli Samsung Galaxy A6/A6+ Dan Nikmati Promosi Menarik