Wang Ganjaran Kejohanan Piala Dunia Fortnite Melebihi Dari Apa Yang Ditawarkan Pada Juara Individu Tenis Wimbledon

Ia juga jauh meninggalkan jumlah ganjaran wang kemenangan yang ditawarkan pada sukan Le Tour De France dan New York Marathon.


Pada tahun ini, pembangun aplikasi permainan popular Fortnite, Epic Games telah pun mengadakan pertandingan rasmi Kejohanan Piala Dunia Fortnite yang bermula sejak 13 April lalu.

Acara perlawanan akhirnya pula dijadualkan akan bermula dari 26 Julai hingga 28 Julai ini yang akan berlangsung di Bandar New York. Ia merupakan perlawanan Fortnite terbesar yang pernah dianjurkan setakat ini di mana individu yang memenangi pertandingan tersebut bakal membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD3 juta.

Berdasarkan kepada data dari laman Statista, jumlah wang kemenangan tersebut sekaligus menewaskan jumlah wang kemenangan yang ditawarkan pada sukan popular Tenis Wimbledon.

Sukan tenis itu hanya menawarkan wang kemenangan berjumlah USD2,980,000 sahaja kepada pemenangnya. Kurang USD200 ribu dari apa yang ditawarkan kepada pemenang Piala Dunia Fortnite.

Malah Johan Piala Dunia Fortnite juga menerima lebih banyak wang kemenangannya berbanding perlumbaan sukan permotoran Indy 500 serta sukan Golf The Masters.

Di bawah dipaparkan carta wang kemenangan yang ditawarkan kepada pemenang individu dari 10 pertandingan sukan terpilih bagi tahun 2018/2019.