Walmart Beli Jet.com Dengan Harga RM 12 Billion Untuk Bersaing Dengan Amazon







9 Ogos 2016 - Walmart hari ini mengambil langkah besar dalam rancangannya untuk bersaing dengan Amazon dalam dunia digital dengan mengumumkan bahawa ia akan membeli jet.com - laman web beli belah atas talian yang baru sahaja 'hidup' beberapa tahun - dengan harga $3 billion (RM12 billion) tunai, ditambah dengan saham sebanyak $300 juta (RM1.2 billion) kepada peneraju dan juga beberapa pihak di syarikat tersebut.



Namun, difahamkan Jet.com akan mengekalkan namanya dan akan terus berdiri menggunakan namanya sendiri.



"Kami mencari jalan untuk mengusahakan harga yang lebih rendah, membesarkan kepelbagaian dan menawarkan pengalaman beli belah yang mudah kerana itu yang pelanggan kami mahu", kata presiden dan CEO Walmart Stores, Dough McMillion.



"Kami percaya dengan pembelian Jet akan mempercepatkan pelaksanaan perkara tersebut. Walmart.com akan membesar dengan lebih pantas, pengalaman beli belah lancar yang kami usahakan bakal menjadi kenyataan dengan lebih cepat, dan kami juga bolehkan jenama Jet untuk menjadi lebih berjaya dalam masa yang lebih singkat.", katanya lagi.



Jet.com merupakan satu syarikat beli belah atas talian  yang baru berusia 2 tahun.