Walaupun Sekatan Ditarik Balik, Huawei Mungkin Tidak Lagi Guna Perkhidmatan Google

Seperti yang kita sedia ketahui, sekatan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat keatas Huawei telah menyebabkan gergasi teknologi China itu dihalang dari berurusan dengan beberapa syarikat lain. Ini termasuklah perkhidmatan mudah alih Google iaitu GMS.

Pada satu sidang media di Austria, syarikat itu menyatakan tiada perancangan untuk mereka kembali pada GMS walaupun sekatan ditarik balik. Namun begitu, kenyataan lain pula diterima oleh laman teknologi dari Belanda, Tweakers.nl, yang menyatakan Huawei akan kekal menggunakan perkhidmatan Google. Ini membuatkan perkara itu kurang jelas apa yang bakal dilakukan Huawei pada masa hadapan.

Sejak dari Mei hinggalah ke hari ini, kita juga telah melihat Huawei mula beralih mengembangkan lagi ekosistem mereka sendiri HMS. Antara yang telah dilakukan adalah seperti menyediakan dana untuk pembangun dalam menghasilkan aplikasi bagi platform HMS itu.

Tanpa GMS, ia mungkin sukar buat Huawei untuk membuat penawaran pada pasaran global kerana pengguna bergantung pada perkhidmatan tersebut.

Sumber: XDA Developers