Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skmm whatsapp

Walaupun Pelaksanaan PKP, Rakyat Dipastikan Akan Terus Mendapat Akses Internet

Diterbitkan Oktober 21, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan bahawa rakyat Malaysia tetap terus berpeluang menikmati perkhidmatan Internet, sekalipun beberapa tempat diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan COVID-19.

Ia dapat dilaksanakan dengan usahasama berterusan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara menerusi beberapa pendekatan yang diambil.

SKMM turut memaklumkan, penawaran Internet secara percuma sebanyak 1GB setiap hari di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu masih diteruskan oleh syarikat telekomunikasi negara iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YES sehingga 31 Disember 2020.

Pengguna hanya perlu pastikan kad SIM mereka adalah aktif dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian atau tarikh tambah nilai terakhir tertakluk kepada syarat khas setiap penyedia perkhidmatan

Begitu juga dengan pemberian percuma kad SIM oleh penyedia perkhidmatan YES sebanyak 40GB data kepada semua ibu bapa dan pelajar di sekolah kerajaan, pelajar dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi bagi menikmati inisiatif ‘Learn from Home.’

SKMM berharap para pengguna di seluruh negara memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang telah ditawarkan ini untuk urusan seperti aktiviti pendidikan, persidangan video, dan mendapatkan maklumat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY