Walaupun Guna Mod Incognito, Aktiviti Anda Masih Direkod Android

Ramai beranggapan melayari internet dengan mod incognito dari aplikasi Chrome dapat "menyelamatkan" aktiviti mereka dari dikesan.

Hal ini kerana segala aktiviti pelayaran internet anda tidak akan direkodkan pada bahagian History.

Pun begitu, ia tidaklah seperti apa yang anda harapkan kerana telefon pintar Android dikatakan masih merekod akiviti anda menerusi ciri Log Notifikasi Android.

Seorang pengguna Reddit, Mas_Zeta menyedari perkara berkenaan dimana tajuk video yang beliau mainkan menerusi mod incognito tersenarai pada Log Notifikasi Android dan ia tidak boleh dipadam.

Beliau turut menambah rekod terbabit mungkin boleh dipadam dengan cara reboot telefon pintar. Tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini ialah cara pengawasan oleh Google ataupun mungkin pepijat.

Sumber: Reddit