Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12 mini

Walau Tanpa Pengecas, Lebih 1.5 Juta Tempahan iPhone 12 Sudah Dibuat Pengguna Di China

Diterbitkan Oktober 18, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 18, 2020 oleh ariff bukhari

Apple telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar iPhone 12. Walaupun dikritik kerana tidak menyertakan sekali peranti pengecas bersama telefon tersebut, ia tidak menghalang para peminat telefon pintar di China untuk menempah awal model terbaru iPhone 12.

Menurut laporan oleh laman South China Morning Post (SCMP), dikhabarkan lebih daripada 1.5 juta pengguna di China sudah menempah telefon pintar Apple itu.

Bagi model iPhone 12 sahaja, sebanyak 737,000 tempahan telah dibuat. Manakala bagi model iPhone 12 Pro pula sebanyak 390,000 tempahan sudah dibuat setakat hari Jumaat lalu.

Tempahan bagi iPhone 12 sudah pun dibuka yang boleh dibuat menerusi laman rasmi Apple Store.

Bagi model iPhone pada tahun ini, Apple membariskan sebanyak 4 model iPhone 12 iaitu terdiri daripada iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Harga jualan seunit iPhone 12 di Malaysia adalah berharga dari RM3,399.00.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY