Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Walau 2 Tahun Beza, iPhone 14 Tawar Kelajuan 5G 47% Lebih Laju Berbanding iPhone 12

Walau 2 Tahun Beza, iPhone 14 Tawar Kelajuan 5G 47% Lebih Laju Berbanding iPhone 12

Diterbitkan September 12, 2023 oleh Pen Analogi

Setiap kali Apple melancarkan iPhone, antara soalan yang ditanya oleh pengguna iPhone sedia ada adalah ‘patutkah aku upgrade?’. Jika anda mementingkan kelajuan sambungan, jawapan kami adalah YA, anda patut upgrade.

Pada pelancaran iPhone 12 pada Oktober 2020, antara kata kunci utama yang ditonjolkan oleh Apple adalah 5G. Sejak dari itu, 5G menjadi standard bagi setiap iPhone keluaran selepasnya. Dengan beza hanya dua tahun dengan iPhone 14, mungkin pengguna iPhone 12 merasakan  masih ‘awal’ atau ‘tidak memberi kesan’ untuk upgrade kerana nombornya hanya berbeza dua, tetapi, sebenarnya kelajuan 5G pada iPhone 14 adalah 47% lebih laju berbanding iPhone 12.

Nombor ini adalah hasil dari kajian yang dilancarkan oleh OpenSignal berdasarkan data yang dikumpul dari Mei hingga Julai 2023.

Menariknya, kajian itu mendapati kelajuan muat turun iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max lebih tinggi berbanding dengan saudaranya; iPhone 14 Plus & iPhone 14; memandangkan perbezaan pada chipset yang digunakan iaitu A16 (iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max) dan A15 (iPhone 14 Plus, iPhone 14).

Walau 2 Tahun Beza, iPhone 14 Tawar Kelajuan 5G 47% Lebih Laju Berbanding iPhone 12

Malangnya, iPhone SE 2022 menghasilkan kelajuan muat turun paling teruk jika dibandingkan model yang keluar pada tahun yang sama biarpun menggunakan chipset A15. Jadi, jika anda mementingkan kelajuan sambungan, elakkan dari membeli iPhone SE.

iPhone 15 yang bakal dilancarkan beberapa jam dari sekarang pula pasti akan didatangkan dengan chipset yang lagi baru yang bermakna lebih sokongan 5G.

Sumber: OpenSignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY